Thursday, January 7, 2010

Kehidupan Seorang Pelajar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian,
saya Mohammad Nadzmie bin Nasir ingin berkongsi tentang kehidupan
saya pada tahun ini, tahun 2010 yang mana saya berada di Tingkatan 4.

Pada tahun ini, agak memenatkan atau lebih senang dipanggil dengan
panggilan stress. Pendedahan terhadap subjek-subjek baru sedikit
sebanyak menyedarkan saya tentang pembahagian masa yang efektif.

Kehidupan di kelas Sains agak berbeza daripada kelas-kelas lain, kenapa
saya berkata sedemikian? Subjek yang ada di kelas Sains agak susah
dan banyak menggunakan untuk mengingat. Terutamanya pada subjek
Biologi,Kimia, dan Fizik. Subjek-subjek ini agak senang difahami tetapi
agak susah untuk mengingatinya seperti formula-formula yang terdapat didalamnya.

Selain itu subjek kegemaran saya, matematik tambahan dan matematik.
Ilmu Hisap ini atau matematik telah menjadi kegemaran mata pelajaran saya
dari kecil lagi. Ini kemungkinan ianya diwarisi oleh ayah saya, Encik Nasir Tohar.
Dia memiliki kebolehan mengira pada masa kegemilangannya, dan kini ianya
mungkin diwarisi oleh saya.

Selang beberapa hari kemudian, saya dan kawan-kawan yang lain telah
dipilih sekali lagi untuk menyertai olahraga di kejohanan daerah pada
bulan tiga ini, insya-Allah. Dengan azam yang baru dan visi sekolah yang baru,
Encik Samadi Duriat telah memanggil seorang jurulatih yang berpengalaman
dari sekolah lain untuk berkhidmat di sekolah saya, SMK Taman Rinting 2.

Beliau mempunyai pengalaman dalam acara 100m,200m, dan lain-lain dan pernah
menyertai bebarapa kali di kejohanan sukan sukma pada masa dahulu. Nasib
tidak menyelebelahi beliau, dia tidak dipilih untuk mewakili negara
pada sukan sea tetapi sekarang beliau hanya bekerja sebagai jurulatih
untuk anak-anak muda yang bakal menjadi pelapis olahraga negara suatu
hari nanti.

Dengan kesempatan ini, saya ingin memberitahu anda sekalian bahawa
sejak kebelakangan ini, jadual saya agak penuh dan sibuk. Ini jadual
harian saya.

Pagi 7am-2.30pm : Sekolah
Petang : 3pm-6pm : Latihan olahraga
Malam : 8pm-10.30pm : Mengulang kaji pelajaran/membuat kerja rumah

Sekian terima kasih dari saya Mohammad Nadzmie bin Nasir.

2 comments:

Mierazhar :) said...

whoa !
sejak bila kau gune bhasa baku ?

nadzmienasir said...

berlatih untuk mengarang karangan yang semakin panjang. hahaha