Monday, January 4, 2010

First Day ^^,

Lets sing this song together(!)
Hari pertama masuk sekolah,
tak pandai membaca mengira
tetapi cikgu begitu tabah,
mengajar kami sungguh sungguh hahaha

Ini lagu mase aku darjah satu, mase pertama sekali menjejakkan kaki
di sekolah kebangsaan, tapi bukan nak cerita pertama kali masuk sekolah,
ni haaa, aku nak cerita hari pertama masuk sekolah.

Ceritanya bergema begini haha
Ditiup dek angin bayu besertakan hujan rahmat yang renyai renyai,
terasa bulu roma ku tegak berdiri dihempas pulas dengan
angin hujan yang sejuk mejuk hahahah

okay enough, firstly, sampai jee sekolah, as usually kene beratur
dekat perhimpunan and denga segale celoteh celoteh cikgu di hadapan.
Pasal tandas sekolah dah repairlah, undang-undang
sekolah diperketatkan lah, pastu tepukan telah diberikan kepada semua calon pmr 09 kerana telah menyumbangkan peratus kepada sekolah, hm tahun lepas naik 11 point
something kot, tak bape tahu sangat, tapi yang penting naik lahh.
Bangge si En Samadi tuhh, sekolah yg die pimpin tuh jadi top 10
di Pasir Gudang,Johor ;) Alhamdulillah, semua ni berkat warga SMKTR2 yg
telah banyak membantu kami semua menggapai bintang yang agak sukar kami
gapai, cewahhh hahahaha

and then, aku,aidil,alif,naquib masuk kelas 4SC and si farhan and si areezal
pula masuk kelas 4ST1,
Masuk jee kelas, aku aidil alif satu baris, meja sume susun tige tige,
aku center aidil alif kiri kanan aku, well aku sentiase be as boss ;) hahaha

Okay sume ambil tempat masing masing, sume orang statisfied dengan tempat
yang diorang telah pilih, but but suddenly tetibee 'bende tuu' tak tahan,
die merungut nak kelua grr geram jee, well hari hujan pagi tadikan,
of course lahh die nak membuang air yang tidak diperlukan kan? hahaha
soo kiteorang gerak tandas 'mewah' yang kononnya telah dipercanggihkan
oleh sekolah dan telah direpair kononnya dah lawa tapi sampai jeee hampeh gilee vapakss! pintu utama diee, die pecahkan so tade pintu, cg buat macam gitu
supaya dapat tengok pelajar 'teguk' asap kee tak, so senang nak cekup kan?

Yang aku dah tak tahan, tak fikir sume bende tuu, aku gerak terus pilihan
pintu ajaib aku tuu, bau diee haram jadehh 'wangi' nak mampsss(!) haha
pastu dah lega aann, zip pulak rosak, vapaks dieee, hari pertama
aku malang gilee weyy, zip rosak lahh pulak grr tapi nasib baik aku pndai
repair kalau tak sure junior junior aku tgk hahaha

pastu masuk jee kelas, meja meja susun dua dua, tanpa pengetahuan aku
pulak tuu ann, dahh aku duduk sorang sorang, tapi tak pelah, maybe ade hikmah kot,
untuk mengelakkan aku bersembang or something else kan. sokay i don't mind.

First subject hari ni belajar physics, boleh la handle nasib baik
dapat cikgu best, Sir Koo Boo Khoon ;) iloveyou sir haha
memang alhamdulillah dapat catchup

Next subject additional mathematics, but kiteorang tak belajar chapter
dalam subject tu terus but kiteorang kene refresh subject math tahun lepas,
belajar ajebric kot, pastu cikgu tuu ade lah bagi seram seram punye scene,
die kate start belajar from today, sebab ramai sangat sekolah ni tak lulus
addmath ni, pewh walaweyy aku susa doo nak explain, but cara die explain
membuatkan aku sedikit gentar plus rasa macam nak sahut cabaran cikgu tuu.

Pastu Bahasa Inggeris pula, memang terbaik gile vivaaa dapat cikgu
BI yang agak agak garang lah jugak,Puan Kaladevi ramai yang takut dengan cara die ajar well, cikgu tuu kalau dah marah die cempak ajee buku tuu terbang macam UFO
from tingkat atas smpai ke bawah, tak pun denda stay kat lua kelas,
lagi lah bengang kan? so aku kene try tak buat masalah dengan die
including to other teachers. Teachers(!) i'll try my best okay ;)

Lepas tuu subject Bahasa Melayu, dapat cikgu baru asalnye from perak but
now stay dekat seri alam, cikgu tuu baru first time mengajar cause sebelum ni
die belajar dekat UPSI, belajar course kaunselor tapi cikgu kaunselor sekolah
aku dah penuh so diputuskan die stay jadi guru BM dikelas aku, hm no comment macam mane die mengajar, memang tade pengalaman langsung, no experience, so sume tercengang jelah ape yang die cakap, lagi lagi chinese students, tengangee jee memang sumpah tak faham. Tapi nak buat ape kan? dah cikgu, mestilah hormat hahhaa

Anyway, ape yang akan terjadi insyaAllah aku akan tempuhnya dengan baik dan
kosisten, and segala jadual belajr pun akan aku aturkan dengan baik, supaya
aku tak kecundang msa spm nnti, melihat result orang jee lawa yang diri sendri
cukup cukup makan, so aku tak mauu jadi macam tuu,
jadi dengan ini saya Mohd Nadzmie B. Nasir ingin mengakat ikrar
bahawa dengan sesungguhnya, saya akan belajar bersungguh sungguh
sehingga ke manara gading dan insyaAllah saya dapat berbakti
kepada ibubapa keluarga kawan dan negara ameen

SEKIAN

No comments: