Wednesday, February 15, 2012

Warna warni kehidupan

Assalamualaikum wbt and hello guys.

Pagi tadi aku ada QTI test for my driving licence. Aku tak nak bercerita macam mana aku amek test tu, aku tak nak cerita apa yang terjadi sepanjang sesi latihan dan ujian tu berlangsung, yang aku nak bercerita berceloteh di laman sosial ni adalah berkenaan dengan pelbagainya ciptaanNya.
Macam ni ceritanya, setiba je aku kat tempat dimana latihan motor dijalankan, ada seorang gadis yang susuk tubuhnya agak kasar, rambutnya spike dan beranting anting. iaa dia islam sebenarnya. setelah dibelek 2-3 rupanya rupanya dia tomboi. Rupa parasnya ada nampak keayuan dan masih ada kecantikan seorang perempuan lagi cuma lagak dan pakaiannya sahaja menampakkan dia lebih kepada perwatakan seorang lelaki.

Hm aku mula bermonolog dalam bersendirian sementara menunggu giliran untuk berlatih motor, walaupun dia seorang perempuan tetapi menyerupai seorang lelaki atau sebaliknya kepada kaum lelaki, Allah telah meletakkan fitrah ciri ciri seorang perempuan pada diri dia. Sekeras mana lagaknya, sehandsome mana tacapan pada penggayaannya, tetap ada naluri seorang 'perempuan' dalam diri dia. Cume keadaan dan pergaulan yang membuatkan dia lebih kearah kelakian. Unik sebenarnya ciptaan Allah ini.

Jangan dihina jangan diherdik. Bibit hati membisik. Sekarang ini aku cuba nak mendidik hati ini bagaimana nak mempunyai sifat sifat dan nilai sentiasa positif walaupun jelek dan buruk dikaca mata ini. Walaupun dibuat jahat tetapi dibalas dengan hikmah dan baik, walaupun dicari dibalasnya dengan pujian. Sifat ini mulia tetapi sukar untuk dilakukan. Sama dengan situasi ini, walaupun dia berwatakan seperti itu, mesti ada ruang ruang untuk menyelamatkan dia daripada terus hanyut dengan arus moden ini. Sungguh berat sungguh tidak tertanggung bila kita bawa fikir risau nabi pada ummat menjadi fikir risau kita.

Nabi menangis siang malam pasal ummatnya, tetapi kita menangis siang malam kerana ditinggalkan perkara yang sementara yakni kekaksih atau sbgnya. itu menjadi salah satu kesilapan saya dahulu. pengalaman membawa saya lebih kearah kematangan. mengubah orang kearah kebaikan bukanlah hal yang senang, perlu banyak kesabaran dan hikmah dalam semua ini.

Berbalik kepada kisah tomboi tadi, masa aku tengah latihan moto dengan dia, dia berada dihadapan aku, dia start moto tak hidup hidup pastu tempat start moto tu terkene kaki dia. aku perhatikan je daripada belakang gerak geri dan tingkah laku ciptaaNya ini. Bila dah terkena kaki dia, mulut dia mula berkumat kamit, tangan dia mula mengusap usap kaki yang sakit itu, jelas kesakitan yang dia alami dan apa yang aku nampak gaya seorang perempuan jelas dia pamerkan. Ya Allah benar firmanMu dalam kalamMu, Kau sudah menjadi seorang perempuan dengan naluri seorang perempuan, walaupun fizikalnya tidak tetapi nalurinya masih ada. Itulah yang membuat aku kagum.

Aku cuba untuk menghampirinya, rasanya umur dia tak jauh beza dengan aku. tetapi dia dikerumuni dengan kawan kawannya. mati terkubur hasrat aku untuk mendaki hamba Allah seorang ini. tetapi tidak apa, aku dapat menilai sesuatu yang baik pada dirinya.

Oleh dengan itu, kepada kawan kawan sekalian dan kepada diri saya sendiri juga, sama samalah kita saling ingat mengingati sahabat kita. Sabdaan Nabi SAW, diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.
Wallahua'lam

No comments: