Friday, February 17, 2012

ghairah dalam melakukan ibadah

Keghairahan Mendirikan Solat Serta Khusyuk dan Khuduk Dalam Solat

Antara seluruh ibadat, solat merupakan suatu ibadat yang paling penting. pada hari kiamat solatlah yang akan disoal terlebih dahulu selepas iman. Nabi SAW bersabda, "solat ialah pembeza antara Islam dan kufur". selain itu terdapat banyak lagi hadith tentang solat.

Firman Allah SWT terhadapa orang yang memperbanyakkan solat sunat. Allah SWT berfirman dalam hadith qudsi, " sesiapa yang memusuhi wali waliKu maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. tiada seorang pun dapat menghampiri Aku kecuali dengan apa apa yang Aku telah fardhukan kepadanya. yakni penghampiran kepada Allah SWT paling banyak dapat dihasilkan dengan menunaikan segala amalan yang fardhu. dengan perantaraan amalan sunat seseorang hamba itu akan berterusan dapat menghampiriKu sehingga Aku menjadikan kekasihKu. kemudian Aku akan menjadi telinganya yang dia mendengar denga telinga itu. Aku akan menjadi matanya yang dia melihat dengan mata itu. Aku akan menjadi tangannya yang dia memegang dengan tangan itu. Aku akan menjadi kakinya yang dia berjalan dengan kaki itu. Sekiranya dia meminta sesuatu daripadaKu pasti Aku tunaikan dan sekiranya dia meminta perlindungan daripadaKu terhadap sesuatu, pasti Aku akan melindunginya.

No comments: