Sunday, February 12, 2012

Imarahkan "masjid" di rumah kita

"iman itu bukan perhiasan dan angan angan. Tetapi ia satu keyakinan yang mantap di hati... dan dibuktikan oleh tindakan"

Minggu lalu, detik yang agak kritikal dalam rumah tangga kawan rapat saya. dia dan pasangannya hampir bercerai.
"rumah tangga aku dah ranap...," keluhnya.
"kau dah..."
"belum lagi, kami tak bercerai, tapi hampir macam tulah"
"ok lagi tu. syaratnya kau mesti bersemangat. aku masih ingat waktu jadi pengapit kau dulu, kau betul betul bersemangat. kau kata, tolong aku bina masjid. tak kan tak ingat lagi?"
"emm, bina masjid.. aku sendiri macam dah lupa kalimah tu!"
"kau tak lupa. eh, aku rasa kalimah tu dah sebati dengan setiap orang melayu. bina rumah tangga disamakan dengan bina masjid.."
dia menung. tunduk.
"entahlah, masjid aku dah nak runtuh agaknya.." keluhnya terus menerus.
"keluhan tak bawa ke mana mana. mahukah aku tunjukkan satu cara menyelamatkan rumah tangga kau?"
"hai kau ni tentulah!"
"kau mesti bina masjid!" jawab saya pendek.
matanya tereliak sedikit. "bina masjid?" kau ingat aku kaya?"
"bina masjid ni tak pakai modal.."
"maksud kau?"
"dulu, sewaktu nak nikah dulu, kita hanya cakap nak bina masjid. tapi kita tak benar benar membinanya. tiang masjid tak kita pasakkan. dinding, atap dan lantainya tak kita bina.."
"kau pernah masuk rumah aku tidak?"
"kan selalu. apa maksud kau?" kali ni saya pula bertanya.
"kau tak nampak khat kahat yang bergantungan di dinding. Quran dari Turki dalam almari tu. tu tak masuk lagi kitab kitab hadis dan buku buku agama dalam rak bilik bacaan aku. kau tengok betul betul. rumah aku betul betul macam masjid"
say senyum.
"baguslah tu. tapi itu bukan dinding, atap, tiang dan lantai masjid yang aku maksudkan. perhiasan rumah kau memang OK, tapi masjid bukan dibina atas dasar tu.."
"aku masih tak faham"
"cara mudah aku nak tanya, apa yang kau selalu lihat dalam masjid?"
"mimbar, Quran, khat, permaidani.. tu semua ada di rumah aku!"
apa ada di masjid?
"kau asyik lihat benda benda mati, kau lihatlah manusianya. itu yang hidup. maksud aku lihat pada aktiviti aktiviti masjid itu. orang solat, baca Quran, berdoa, berzikir, khutbah, kuliah, sedekah, kenduri dan macam macam aktiviti. itu maksud aku.. itulah tiang, lantai, dinding masjid yang aku maksudkan."
dia terdiam. benar benar terdiam.
"kalau tulah yang kau maksdukan, aku 'surrender' memang kurang."
"Quran untuk dibaca, khat untuk diambil iktibar, sejadah untuk dicecah sujud, hadis untuk dihurai dan dilaksanakan. ertinya semua peralatan masjid mesti digunakan untuk membina 'roh' masjid.." saya cuba menjelaskan.
"apa roh masjid?"
"TAQWA, masjid diasakan atas dasar taqwa. ini ditegaskan oleh alQuran. tanpa taqwa yang dibina oleh aktiviti aktiviti tu, asas masjid pun rapuh. lama kelamaan akan runtuh"

"nampaknya, dah agak jelas kenapa rumah tangga aku nak runtuh.. macam masjid yang nak runtuh juga. sekarang macam mana ya?"
"bina masjid. bina masjid dalam rumah tangga," ulang saya.
"kene dirikan sembahyang, baca Quran, berdoa, berzikir... baca khutbah jugak ke?" katanya berseloroh. mukanya agak ceria sekarang.
"ya. kau sebagai imam dan khatib. isteri dan anak anak sebagai makmum. maksud berkhutbah, ialah selalu memberi nasihat. secara langsung atau tidak. sebagai imam, kenelah jadi pemimpin solat berjemaah. sekali sekalaa kene juga jadi guru kepada keluarga... ha , lepas tu nanti barulah tegak sebuah masjid dalam rumah kita"
'aku alpa selama ni. dulu ingat ingat juga"
"lalu.. Allah gegarkan rumah tangga kita. bergoyang goyang jadinya. kini barulah kita sedar tiang dan lantainya rapuh. perlu cepat cepat diperbaiki. jika kita tak berubah, Allah akan peringatkan lagi.. mungkin dengan cara yang lebih keras."
"mujur belum runtuh. aku pun tercari cari, nak kata kami dah tak saling mencintai, jauh sekali. kau pun tahu macam mana cinta kami sejak di universiti.. nak kata ada orang ketiga, aku dah siasat, memang tak ada. aku pun tak ada juga. tapi entahlah, gaduh kami sukar didamaikan"
"kau dan dia perlu pihak ketiga!" balas saya.
"perlu bina masjid kedua ke?" guraunya.
"eh ke situ pulak. Masjid yang ada pun belum OK. serious ni, kau, aku dan dia memang sentiasa perlukan pihak ketiga.."
"siapa dia?"
"Allah. carilah Allah menerusi masjid di rumah kita!" <3


"wahai orang yang beriman, selamatkanlah diri kamu dan keluarga kamu daripada seksa api neraka"
(at Tahrim : 6)

No comments: