Thursday, February 23, 2012

Ikram

Assalamuaikum wbt and hello guys :)

Ikram? Ikramul Muslimin? apa maksudnya? pe bendee ni mie? haaa ni lah cek nak habaq mai apa itu ikramul muslimin sebenarnya.

Ikramul Muslimin ini adalah salah satu sifat yang mulia yang ada pada diri para sahabat Nabi SAW. Ikramul Muslimin atau secara ringkasnya ikram maksudnya adalah memberikan sesuatu kepada sahabat/saudara kita tanpa meminta balasnya. haaa meaning dia nampak ringkas dan padat kan? tetapi perbuatannya amat berat nak buat. seriously berat. ianya dari segi hati, perasaan, pemberian lahiriah dan batiniah. cehh batiniah tadelah. lahiriah jee hee.

kita ambil contoh pasal pemberian dulu keh? mungkin ini senang dibuat dan biasa dibuat oleh rakan rakan kita diluar sana. mungkinn.. contohnya, kita memberikan sesuatu pada rakan kita, samada berbentuk wang ringgit atau barang yang kepunyaan kita kepada rakan kita, pastu bila kita menghadapi kesulitan kita tidak mengungkit dan hanya berserah itu kesemuanya ketentuan Ilahi. atau lebih mudah untuk diberi contoh kita beri bagi duit kat kawan kita tapi kita tak mintak dia balas balik perbuatan kita, ikhlas kerana Allah. haa lebih kurang macam tu lah. kalau yang ni biasa buat, tetapi ada jugak segelintir rakan kita suke mengungkit ataupun berat sangat nak memberi. bukankah tangan yang memberi itu lebih mulia lebih baik daripada tangan yang menerima? so biasakan tangan itu yang memberi jangan menerima. ;)

okayy yang tadi tu pasal pemberian, cuba kita selongkar sikit ikram hati pulak, yang ni berat sikit. kenapa aku cakap berat? pernah tak korang semua makan pahit dalam hati daripada menikmati manis? maksudnya hati kita sakit tapi kita tak pamerkan pada orang tu? dan berlakon seolah olah tidak ada pape berlaku. haa mesti pernah kan? macam tuh lah beratnya. Manusia ni Allah cipta semuanya tidak sama, bak kata pepatah, rambut sama hitam hati lain lain. haa betul tuu, rambut sama hitam perangai pun lain. so kita kenalah ikram diri kita yang Allah cipta dia ni memang berperangai macam ni, kalau kita kutuk dia sama macam kita kutuk ciptaan Allah. bukankah setiap ciptaan Allah ini indah dan semuanya ada gunanya? Allah cipta pokok walaupun dia tak bergerak jelek pun dia memberi manfaat kepada kita yakni memberikan kita oksigen. oleh itu, kalau kita berhadapan dengan seseorang yang bukan sekepala dengan kita, perlu ikram hati kita yang dia ni memang berperangai macam ni, contoh cerewet, suka mengarah arahkan orang, suke bebel dan sebagainya. biar kita makan sendiri, insyaAllah manis itu janji Allah. jangan sesekali kau sakiti saudara kamu, kerana dosa antara kau dengan Allah kau berusan dengan Allah, tapi dosa kau dengan manusia, kau berurusan dengan manusia. jaga hati, lidah dan tingkah laku kita supaya kita tidak sesekali menyakiti hati rakan/saudara kita. insyaAllah

sifat ikramul muslimin para sahabat ini tinggi sifatnya kalau nak dibandingkan dengan sifat ikram kita, kalau setakat memberi menahan hati itu mudah bagi mereka. korangg sumeee penah terdengar terbaca tak kisah para sahabat yang nak syahid pastu dia pasing pasing air untuk orang sebelah yang lebih memerlukannya? alaaa mesti pernah punyaaa kan. macam ni alkisah ceritanyaa, ada beberapa sahabat ni tengah nazak akibat suatu peperangan, lupe perang apa. pastu ada seorang sahabat ni minta segelas air sebab dia haus. kan nazak akan jadi haus. so dia mintak. pastu tetibe sebelah dia pun haus jugak, so dia kata jangan kau beri pada aku disebalah ku ini lebih memerlukannya, pastu bila dia nak bagi kat sebelah orang tuu, tetibe seorang lagi sebelah dia nak air jugak. ayat yang sama keluar dari mulut para sahabat itu, bila dia nak bagi ada lagi yang nak air. berterusan akhirnya semua syahid dan tidak dapat minum. Sungguh besar sifat ikramul muslimin para sahabat, bayangkan yang dah nak mati ni, kita lebihkan saudara kita yang lebih memerlukan, pernah kita buat? kalau kita yang kat situ lah agaknya kan, dah teguk dulu air tuu kan? masyaAllah nabi SAW sabda, sahabat sahabatku umpama bintang, barangsiapa yang menginguti salah seorang daripada mereka nescaya ada kejayaan. dan hadith lain barangsiapa yang memberi pemberian walaupun sebiji kurma, Allah akan menggandakan sebesar gunung uhud. Allahuakhbar!

waallahualam :)

No comments: