Thursday, February 23, 2012

Ikhlas

Assalamualaikum wbt and hello guys :)

Hari aku tak kerja, sengaja mintak cuti sebab malas nak kerja haha actually kerja aku ni sempoi and best. Well, mana tak nyaa, kau nak cuti boleh nak kerja boleh, tapi kalau cuti kecengg kecengg tak masuk lah, itu jelah masalahnya. Lagipun pekerja ramai, customer tak ramai so dia boleh bagi cuti, kalau customer ramai mana dia nak bagi cuti senang senang kan? hee

Hm susah nak belajar ikhlas kan? nampak macam senang. indah dan senang disebut dek mulut tapi berat dari segi hati dan perbuatan. ikhlas ni dalam hadith nabi, ikhlas ni umpama semut hitam di batu hitam dan di malam yang gelap. haaa ikhlas ni tak nampak, tak nampak dek mata mahupun hati. tak tahu ianya ikhlas atau tidak. dan dalam hadith lain pulak, ertinya lebih kurang macam ni lah, ikhlas ni para malaikat sendiri pun tidak tahu, malaikat rakid atid hanya mencatat kebaikkan seseorang tapi dia tak tahu ikhlas tu tang mana, hanya ilmu Allah sahaja yang tahu. contoh si fulan ni sedekah dekat tabung masjid, so malaikat akan catat pahala sedekah yang dia buat, pahala ikhlas atau tidak itu urusan si makhluk itu dengan si Pencipta.

So nak dapat ikhlas ni memang payah. kalau bab ikhlas ni teringat pulak cerita Hari Kiamat Sudah Dekat cerita indon dulu, si laki tu nak sangat dengan anak pak ustaz ni, yang si laki ni pulak band boy, boleh tahan teruknya jugak lah, solat ngaji semua tak tahu. bila dia nak melamar si perempuan tuu, pak ustaz bapak kepada perempuan tuu suruh dia belajar ilmu ikhlas dahulu. haaa cerita tuu memang ada sikit sikit kaitan dengan ikhlas.

lain punye cerita pula, ada bangsawan ni, dia kayaaa sangat pastu ada seorang anak perempuan yang cantik dan commeeelll hee pastu pada suatu hari pencuri nak curi barang kat rumah orang kaya ni, tetibe masa dia tengah nak mencuri tuu dia terdengar perbualan orang kaya tuu dengan anak diaa. wahai anak perempuanku, aku nak kahwini kan kau dengan seorang yang jaga solatnya 5 waktu sehari semalam di masjid dan menjaga takbiratulula(mengangkat takbir bersama sama dengan imam) selama 40hari. jika ada jejaka yang dapat penuhi permintaanku,aku akan kahwini kau dengan dia. Bila pencuri tuu terdengar, dia pun bermonolog dalaman lah kan, "err, daripada aku mencuri satu satu baik aku kahwin dengan anak diaa, dapat anak dapat semua harta diaa kan? hehe"

Pastu si pencuri tuu pun start lah berlakon jaga solat 5 waktu sehari semalam, pastu jaga takbirratulula' dia. bila dah cukup 40hari, orang kaya ni approach si pencuri ni, "wahai pemuda, aku tertarik dengan sikap dan ibadahmu, kamu menjaga rapi solat 5 waktu dan takbiratulula' kamu, jika kamu tidak keberatan, saya ada anak perempuan yang jelita, mahukah kamu mengahwini anak saya?"

"maafkan saya, saya tak boleh mengahwini anak perempuan tuan, dahulu saya ingin mencuri di rumah tuan, bila saya terdengar perbicaraan tuan dengan anak tuan, saya terus berlakon untuk penuhi permintaan tuan supaya saya dapat harta tuan, dahulunya saya solat saya melakukan ibadah untuk dapatkan harta tuan, tetapi lama kelamaan saya buat niat saya untuk Allah!"

Nampakk?! kat situ kalau diikutkan pada pandangan kita, kita boleh kata itu ikhlas dan salah satu sifat lain pulaa, kalau sesuatu perkara yang baik dibuat secara istiqamah yakni berterusan akan mendapat hakikat sifat sesuatu perkara yang mulia. contohnya alkisah daripada cerita ni, mula mula solat kerana nak bolot harta bangsawan ni, pastu bila dah buat secara istiqamah dia mula merasakan itu ikhlas dan buat semata mata kerana Allah.

Daripada kisah ini lah, saya memotivasi kepada diri saya, supaya setiap perkara perlu ada sifat yang istiqamah kalau ianya perkara baik. insyaAllah ianya akan jadi tabiat dan perkara yang biasa bagi kita, kalau kita tinggalkan kita akan terasa janggal dan rasa tak sedap hati. contoh selalukan solat di masjid dan menjaga takbiratulula' insyaAllah kalau tertinggal kita akan rasa tak sedap hati and tak best, so mesti nak jugak solat kat masjid. insyaAllah. dan dalam hadith nabi, barangsiapa menjaga takbiratulula' selama 40hari sehari semalam, dia akan diberi 2 pelepasan, pelepasan daripada sifat munafiq dan pelepasan daripada api neraka. insyaAllah sama sama kita pupuk sifat ikhlas dan istiqamah dalam melakukan ibadah dan segala perintahNya. kepada yang kaum Hawa pula, dibenarkan solat dimasjid jika tidak menimbulkan fitnah, tetapi saranan nabi lebih elok bersolat di rumah, berimamkan ibu dan bermakmumkan anak anak perempuan, biasa kan dirikan solat jemaah bersama isteri dan anak anak perempuan di rumah dan di awal waktu. insyaAllah cahaya nur akan terpancar seperti melihat bintang di langit, begitulah para malaikat melihat cahaya agama yang ada disesebuah rumah itu. insyaAllah amin
Be a Good Muslim & Muslimah ;)

No comments: