Saturday, February 18, 2012

unofficial

Assalamualaikum wbt and hello peeps! xD

Harini aku tak kerja, semalam pun aku tak kerja. boleh dikatakan bulan ni bape banyak hari aku tak kerja. bukan sebab malas tapi sebab dicutikan haihh. semalam tak kerja ade reason, sebab aku amek lesen tapi harini aku tak kerja sebab dicutikan.

Well, kerja di R&R Pagoh ni kalau time sekolah, musim persekolah penggunaan lebuh raya utara selatan ni kurengg sikit so customer pun tak ramai. Disebabkan restaurant yang aku kerja pun pekerja ramai so dia cutikan yang mana lebih lebih tuu. disebabkan aku orang baru aku lah yang kene cuti.

Wehhhh! seriously aku nak kerja!! aku nak kumpul duit, aku nak beli something ni! pastu tak memasal nak kene cuti pulak. Duit lesen belum habis bayar lagi, RM530 lagi tinggal. duit aku jugak yang kene membayarnya, minyak kereta, makan minum sume aku tanggung sendiri. Aku nak rasa life macam mana hidup orang bekerja. kecuali makan minum kat rumah jee mak aku yang tanggung.

Kalau diikutkan nak aja aku sewa rumah, beli kereta, beli itu ini macam orang dah kerja betul betul, aku nak hidup berdikari aku nak rasa pengalaman. Aku tak kesah dengan apa yang aku dapat and apa yang aku alami, aku cume nak pengalaman sahaja buat masa ni. Kalau nak serious sangat bekerja lepas belajar lah kan, ni masih belajar so kita kutip kutip mana pengalaman yang kita tak dapat. so aku plan lepas ni macam nak buat kerja kampung pulak lah.

aku tengok atok aku pergi menoreh, uruskan kebun, meracun dan sebagainya macam ter-attract pulak. kalau dapat buat ni sedap jugak, boleh jadi gym jugak ni. haha so aku plan nak buat kerja ni lah pulak if BOSS aku bagi aku cuti lagi.

k itu sahaja assalamualaikum wbt :*

No comments: