Tuesday, June 21, 2011

Hadiah Tidak Kesampaian

Assalamualaikum and hello peeps.

Hopefully you guys in the pink of health. Alhamdulillah syukur kepada
hadrat Ilahi dapat jugak aku berkesempatan untuk menulis
entry untuk kali ni, lately agak busy sedikit untuk
preparation for trial spm, insyaAllah dengan berkat doa
kalian boleh berjaya kot. Hee lagipun bila cuti habis
then dah stay asrama, tangan kat papan keyboard ni agak
lengang sedikitlah disebabkan kekangan waktu.

Herm entry kali ni just untuk
meluahkan perasaan sahaja, terpulang nak baca kee tidak kan.
Lately hati aku rasa macam gelisah jee, tak percaya pada diri
boleh ke tidak aku buat trial and spm ni, tengok result kawan
sume hebat hebat berbandingkan dengan aku punya,
memang, usaha doa dan bertawakal itu formula teras untuk kita
sebagai hambaNya untuk mengejar sesuatu dibumiNya
tapi agak kekadang ter-give up pun ada.

Recently aku banyak nangis, nangis bukan aku rebah kerana
mengalah dalam pelajaran, nangis kerna aku rindu pada ayah.
Sedih melihat rakan rakan telefon bapa/ayah/papa
mereka riang gembira mengucapkan selamat hari bapa.
Aku rindukan sambutan itu. Masing masing mengucapkan
kata kata manis pada ayah mereka dan berhajat untuk
menyambutnya bila balik nanti.

Kalau di flashback last year punya cerita, asrama
adalah institusi paling bagus aku rasa untuk
mendidik nilai erti persahatan dan dunia.
Aku mengenal jasa ibu dan ayah melalui asrama.
Kepayahan mereka membesarkan, jerit perih mereka
mencari sesuap nasi untuk kita dan banyak lagi.
Kalau tahun lepas, sambutan hari ibu aku menghadiahkan
sebuah kek yang sedang besarnya tetapi besar makna
sayang didalamnya, menyuapkan si ibu dengan
suapan sayang. Ibu mengucup dahi tanda kasih
terhadap anaknya. Aku jenis tidak berkira kalau untuk
yang berfaedah. Hajat aku ingin bawa makan makan bersama
dengan ayah tidak tercapai. Hanya alFatihah dan Yassin menjadi hidangan
kami sekeluarga. Tangisan menjadi minuman alunan selamat hari bapa
iringi yasinan.

Aku rindukan ayah. Banyak kenangan manis dan pahit bersama.
Hampir 7bulan dia meninggalkan aku terasa lagi bahangnya pada ku.
Kenapa perlu aku yang menghadapi sume ini?
Mana janji ayah nak tengok amy di atas pentas kelak
memegang segulung ijarah?
mana janji ayah?
Janji diakhiri dengan tangisan permergian ayah.
Ayah mengajar amy seribu erti kehidupan.
Menjadi ayah bukan lah pekerjaan yang mudah.
Menjaga anak kecil yang masih belum dicorak
hingga dia tahu mengenal erti dunia sungguh mencabar.
Tetapi ayah berjaya melakukannya.
Ain,Ida,Alia,Nurul masih kecil lagi, dalam minda mereka
masih kebudak budakan. Tugas berat ayah tinggalkan untuk
amy sungguh tidak tertanggung.

Sempena hari bapa ini, amy sebagai anak lelaki tunggal ayah
mengucapkan selamat hari papa. InsyaAllah ayah ditempatkan
di kalangan orang orang yang beriman dan memperoleh
syurga di sisiNya. Amin.

No comments: