Saturday, May 14, 2011

Bila Hati Berbisik

Ehem Assalamualaikum wbt guyss.
Sumpah lame gilaaa tak menulis blog ni, tadi baru habis tengok cerita aku tak bodoh and cun.
Sumpah kelakar gilaa cerita aku tak bodoh and cerita cun pulak sweet. Hee
Saje lepas gian tengok movie kat rumah, dah lame sangat terperuk kat asrama tuh balik balik
ngadap muke yang same and buku jee, nothing interesting scene happend.

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi, ujian penilaian 2 atau lebih dikenali dengan UP2
dihadiahi dengan keputusan yang agak cemerlang. Got 6A3B1D hahaha D aku sentiasa
Civil Engineering. Tak tahu kenape boleh stupid mistake. Now kene face mid year test,
akak cakap if got 6As ke atas dapat lens baru, insyaAllah dan agak agak tak tahu lah
boleh dapat ke tak 6As ke atas tuu. Doakan aku ea guys.

Now aku relize kehidupan aku sekarang, kesusahan ibu dan ayah membesarkan aku,
pentingnya ilmu pendidikan dalam mengejar cita cita, erti sebuah kawan
dan nilai sesebuah cinta. Herm kini pemikiran semakin ke arah kedewasaan, sentiasa berwaspada dengan
tipu helah dunia yang tidak habis habis dan serik mengajak ke arah bergelumang dosa,
yang mana iman semakin hari semakin nipis dibuatnya. Iman lah shield dan sword bagi
mukmin sejati untuk menentang segala yang hunus oleh iblis laknatullah.

Timbul satu persoalan pada diri aku, kenapa orang mengejar popuriliti dalam dunia maya?
Yaa i admit that im not famaous as you but why must be popular? dapat faedah ke daripada ia?
Hidup ini perlu ada keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi, perlunya ada persediaan yang
lengkap dari segi mental dan fizikal. Ambil contoh, ustaz memberi banyak pesan nasihat melalui
facebooknya dan mendapat ribuan 'likes' and 'comments' dan itu menjadi kebanggaan dan apabila si fulan especially girls, meng-upload gambar tanpa memakai tudung dan mendedahkan
sebahagian auratnya diberikan juga ribuan 'likes' dan 'comments' dan bangga dengan hasil dosanya. Itu perlu nilai kembali. Tepuk dada tanya iman. Adakah kita ini Islam atas nama atau Islam dari segi faktornya. Tempoh hari aku ada menge-post satu status iaitu pemakaian kita
menunjukkan kita samada kita ini Yahudi,Nasrani,Majusi atau Islam? Herm punyai akal yang
waras, sihat tubuh badan, mari kita berfikir.

Yang bertudung pula, sejak kehadiran satu idol baru Hana Tajima dan Yuna, dah menjadi
ikutan jutaan gadis di negara ini, memang tak salah disisi agama untuk kelihatan menarik dan
cantik malah Islam menganjurkan supaya perempuan tidak boleh sesekali kelihatan buruk dan mesti cantik setiap masa, tetapi persoalannya niat dan tujuaannya adakah di landasan yang
betul atau salah? dan dari segi menutup auranya pula diambil kira atau tidak? maksudnya
disini adakah hanya menutup rambut dan anggota lain? tahukah anda apakah tujuan
sebenar nabi mengajar kita supaya si kaum Hawa ini menutup aurat di khalayak kaum Adam
yang bukan mahramnya? Yaa mesti di antara kalian sudah mendapat jawapannya.
Aurat yang dibataskan oleh nabi adalah untuk menjaga maruah,fitnah dan menjaga keselamatan
setiap ummatnya. Di ambil contoh lagi, seorang gadis cantik dan comel menggayakan busana Islam dengan mengenakan tudung dan pakaian yang cantik bertujuan untuk mendapatkan
perhatian ramai tetapi tidak sedarkah mata yang memandang dan niat si pelihat?

Kaum Hawa ini senang untuk mendapat tempat di syurga dan neraka. Tetepi sebelum
kite menempah sebelah kaki di neraka, lebih baik kita menempah kedua kedua kaki di syurga.
Jangan malu untuk berubah, hidup perlu ada pendirian, kata orang usah peduli, kata Tuhan perlu dipedulikan. Ada beberapa perempuan datang kat aku then nak berubah, alhamdulillah ilmu yang
sedikit ini dicurahkan syukur di berubah selepas itu. Niat perlu ada, setiap perkara
perlu ada niat, nak buat jahat pun perlu ada niat. so perbetulkan niat sebelum dimamah bumi.

Kini kehidupan aku semakin simple, duit yang sedikit, batas pergaulan, makan
dan minum pun semakin ringkas, kehidupan yang dilimpahi dengan kesenangan
dahulu kian susah.
Ini mengajar aku celik hati celik pemikiran jenguk kepada Ilahi, aku sudah sedar, kalau Kau
tak membeduk biduk sudah semestinya aku dibawa hanyut arus kemaksiatan. Aku sedang
berjinak jinak dalam melembutkan hati dan memperoleh nafsu mutmainah, tetapi
terkadang terkalah jugak dengan hasutan syaitan.

Aku belajar, kejayaan aku, kekayaan aku jika aku memperolehnya, aku buat hanya untuk
ayah. Dialah segala galanya, dia mengajar aku petah berkata, laju bertatih, cepat berlajar.
Kini hidup sendirian bagai tak teguh kaki untuk berdiri. Ayah jugak lah yang terbaik
membimbing adik adik. Amy tak kuat menjaga emak dan adik beradik.
Sifat tanggungjwab perlu amy belajar lagi, kehidupan juga sedang amy tempuh banyak
pahit dari manisnya. InsyaAllah amy percaya dengan qadak dan qadar yang mana
kita telan pahit kta akan peroleh manis dipenghujungnya. tak di dunia mungkin di sana.

Emak Ayah doakan kejayaan amy didunia akhirat. Amy selalu doa supaya amy pergi
dulu sebelum emak dan ayah. amy tak sanggup melihat kehilangan insan yang paling amy
sayang. terkadang mungkin amy buat silap, dalam silap amy, amy sayangkan korang.
Hopefully, kehidupan kita diberkati Allah dan juga dilempahi rezeki dan makfirahNya.
InsyaAllah.

Thanks for reading.
Salam.

No comments: