Saturday, March 12, 2011

Soal Hati

Assalamualaikum W.B.T.

Disebabkan kesempitan waktu dan kekangan kekangan lain, blog ni dah bersawang sawang dan dah tak dijenguk orang lagi dah kan? kalau dulu rajin bercerita sekarang rajin buat bende lain. Hm memang tak dinafikan recently memang busy sangat sangattt since macam macam menimpa aku tapi aku chill. aku chill jee.nampak permainan? haha tapi tulah kalau tak dapat online sehari, tak dapat nak berkongsi cerita kat blog ni comfirm macam lipas kudung aku dibuatnyaa. at least dapat tengok notifications pun jadilah. Alhamdulillah dapat cuti seminggu ni akan aku manfaatnya baik baik untuk online. haha tadelah manfaatkan untuk spm lah yee kawan kawan, facebook blogging just for fun, isi masa sikit untuk rakan rakan. hee okay ni nak bercerita ni, dah banyak sangat story aku kumpul sepanjang berabad abad lamenye jari jemari ni tak ke papan kekunci. dan entry kali ini jugak akan dibahagikan kepada beberapa story agar pembaca tak keliru story yang mane satu dan memudahkan lagi sesi pembacaan kalian, diharap bawak buku nilam yee untuk catat haha here we go.

Story 1.
Tajuk : Asramaku Asramamu Jua :)

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi dengan limpah kurnianya aku diberi jawatan yang agak tinggi di asrama iaitu sebagai ketua pengawas asrama untuk tahun ni. Kat sini famous dipanggil sebagai captain aspura. kalau disekolah sekolah lain maybe presiden or sebagainya tapi di SMT Jasin Melaka dipanggil captain. Okay tak dinafikan jawatan ini ada yang seronoknya dan ada pahitnya. Sebelum pergi lebih jauh, aku nak cerita, before aku dapat jawatan ni aku dilantik sebagai Biro Kerohanian. Tau tak biro kerohanian tuu macam manee? alaaa yang jadi pak imam pak bilal orang surau orang masjid tuuu? tapi tak tahu kenapaa aku boleh dapat jawatan ni, nak kate alim nak kate kuat solat tadelah, tapi yang wajib alhamdulillah tertunai hee maybe sebab gemar membaca solusi kott haha jawatan ni ustaz yang pilih, then dinaiki pangkat jadi lah captain. aiii aii captain!

Bijakpandai ada mengatakan, bilamana kamu mendapat menjawat jawatan yang tinggi, kamu akan mendapat musuh dan ujian yang berat bagi kamu. Ya memang aku tak dinafikan, memang berat dan memang ramai musuh aku sekarang. Yang beratnya kita kene gadaikan sedikit masa yang untuk rakan rakan lain, alaa macam menteri melawat rakyat dan denga aduan rakyat macam tuu la aku sekarang. Setiap hari akan ada aduan dan setiap hari kene berinteraksi dengan diorang agar kehidupan diasrama ni lebih makmur dan sejahtera, cewahh haha kadangkala adelah jugak rase terganggu bila nak study jee ade budak panggil itulah inilah tapi tak mengape, aku sayangkan diorang, aku nak diorang selesa dan nak diorang berjaya kat teknik ni. Kalau yang bab banyak musuh tuu sebab segala aktivitis jahat diorang sume kantoi dengan aku. Okay stop tak mau cerita panjang pasal ni.

improvement bila aku masuk asrama ni, aku dapat didik sikap bertanggungjawab aku, sikap berdikari aku dan mengenal setiap inci persahabatan kat asrama ni. kalau dulu memang aku tak pandai jadi imam, bace doa pun tak pandai, selalu doa melayu jee, arab haram tak pandai. tapi alhamdulillah sekarang dah pandai sikit sikit . dan kalau dulu mane pandai cakap depan audiance, dengan sorakan itu lah ini lah terus jadi gugup kan? tapi sejak sandang ketua pengawas, dah kene cakap depan depan orang ramai dan sekarang lagi pendekatan yang aku pertengahkan adalah tazkirah setiap selapas solat maghrib, ade sedikit ilmu di dada, potongan hadis dan firmanNya yang aku hafal, aku memberi pesan nasihat pada rakan rakan di surau. Kalau dapat diundurkan masa arwah ayah ade, mesti dia senyum gembira dengan peningkatan aku dalam mendidik salsiah diri. thanks ayah kerana ayah nadzmie jadi macam ni. iloveyou and i miss you. every bace yassin malam jumaat jee, mesti aku nangis, terkenangkan arwah ayah, terasa bila bace yasin ramai ramai terasa macam dulu orang kampung bace yassin utk ayah kat rumah atok, pastu malam jumaat je mesti aku tade mood nak study or nak buat pape kerja sbb dah terkenangkan arwah ayah. Pemergian dia terasa lagi di hati. ILY dad

Story 2.
Tajuk : Persahabatan yang Diibarat Air dicincang Takan Putus ;)

ILOVEYOU GUYSS :*

kawan kawan COA's dan kawan kawan di Teknik semua the bestt. they make my days colourful and smile everyday. They always be there when i need them. They be my shoulder and my ear to all my problems, they areee aweesomeee!

first ke coa dulu.
persahabatan yang terbina sejak tahun 2007 hinggalah tahun ni 2011 (paling latest) haha
dari form 1 sampai lah innalillah insyaAllah akan terjalin. banyak kenangan manis dan pahit antara kiteorang, kiteorang dah macam adik beradik dah, cubit peha kanan peha kiri terasa, bagaikan isi dengan kuku, mata kanan masuk habuk tangan menyapu macam macam lah senang cerita. Yang mandi kat hutan bandar, dah besar gedabakk pun join jugak adik adik mandi, yang salah naik bus pun ade, presentation bi yang kelaka gilaa aku buat mase form 1 tu. aii itu semua memori yang takan aku lupa melainkan aku accident kepala terhantuk then gila.

kalau teknik pulak best jugak.
even 2tahun je di asrama tapi disebabkan kehidupan asrama ni 24jam senantiasa bersama rakan rakan, terasa berbelas berpuluh tahun lamenye terjalin. bermula dari bangun tido sampai lah tido balik sume same same. bangun tidoo saling kejut mengejut, then subuh same same, mandi pun same same *censored* haha makan pun same same main rugby main bola main futsal main badminton main tenis main squash pun same sameee memang best lah. siapa yang tak pernah merasa duduk asrama memang rugi sumpah aku cakap. tapi kalau korang hayati betul betullah asrama tuu macam mane, kalau asek merungut nak balik jee memang tak raselah kan.

Story 3
Tajuk : Soal Hati yang giat mencari pencurinya

dari tajuk jeee dah tahukan ape makne disebalik cerita ke 3 ni? hee bukan, ini bukanlah sangat cerita cinta atau cerita berkasih sayang. ini nak bercerita tentang perlunya si kaum Hawa dihati si kaum Adam. dalam firmanNya pun dah dinyatakan, betul tak?

okay tak dinafikan pada waktu usia yang sedang muda ni, ramai yang rase tak saba nak berumah tangga, dan ade jugak yang dah gatai gatai aplikasikan yang haram kepada halal. itu semua terjawab pada iman kita. Bilamana nafsu menjadi raja kepada diri, maka segala aktivitis mazmumah menjadi makanan kita setiap hari. Oleh itu sebelum menjalinkan sebarang hubungan antara lelaki dan perempuan, tanye diri dulu, tanye soal hati dulu, ape yang kita nak dalam perhubungan? adakah ingin merosakkan dia? adakah untuk suka suka? okay sebelum ini memang ade banyak pertanyaan daripada kawan tentang haram ke halal eaa couple ni nadzmie? hm kalau bagi aku memang tak haram, sebab dalam Islam tak melarangkan perhubungan cume ditegarkan jangan membuat sebarang maksiat.

Untuk menjadi lelaki yang lebih gentleman, memang, memang sekarang hati ini sudah ade pemiliknya, tak tahu macam mane dia curik, bila tanye tak mau jawab. konon sweetlah kan haha
terbace solusi isu 29, letakkan Allah dan Rasul dalam perhungan insyaAllah akan berkekalan, dan saling berpesan pesanlah agama kepada pasangan. Aku tak tahu macam mane aku boleh minat dengan dia, i dont know why. But yang interesting dia pada aku hati dia, hati yang ingin berubah. dan aku hadir untuk guide dia supaya kita sama sama satu kapal. Yes, i really love her. tak dinafikan she's too cute and good for me. terasa kecil dan terasa rendah diri pula bila dibandingkan. but she's okay and im okay too. and my day pass with smile and laughing. dah lame sangat tak gelak gelak tak nyanyi nyanyi tak borak borak tapi dengan hadirnya dia, yeah she's successful make it. once again iloveyouu and i really appreaciate it. thanks :*
Tapi kalau dia merajuk, herm memang payahlah kan nak pujuk? tapi itu yang menjadi manis dalam perhubungan. HEE

sorry bossann

1 comment:

Nina Sue said...

Mieeee! Takde button like kee? Baru nak loike loike. Anw, hidup ni memang penuh dengan cabarankan. So you've to be tough :D

Oh, dah ada pencurik hati tak khabo ea ;))