Saturday, February 5, 2011

Hitam Putih Jiwa Manusia

Assalamualaikummm wbt......

waduhh lame sungguh tak ketemu ini blog kan,actually bukan masalah faktor tade ayat or tade cerita nak di storykan dalam belogg ni, tapi cume kekangan masa yang tidak mengizinkan saye bertandang ke mari sambil menarikan jari ke papan kekunci ni. Hmmm...

Alhamdulillah syukur dengan limpah kurniaNya saye dapat lagi mengharungi pahit manis madu dalam kehidupan seharian saye. Walaupun pahit datang bertandang, dapat diharunginya juga dengan iman, walau manis datang ke sisi dapat juga diharungi ia dengan syukur. Tidak sesiapa meminta ujian untuk dirinya, tetapi janji Tuhan pada si hamba, kalau tiada kayu pengukur untuk menguji imannya mana nak tahu syurga atau neraka tempat mereka kelak. Oleh itu, untuk mengukur tahap mana level iman kita, ujian didatangi dalam pelbagai bentuk. Dengan iman lah, kita tempuh sama ada kita kalah ataupun menang kita menghadapi dan mengharunginya.

Terbaca satu buku yang ditulis oleh Syed Alwi Alatas dalam bukunya 'Bila Allah Menduga Kita'.
Dalam buku itu ada mengisahkan suatu hari seorang anak bermain di atas lantai, sementara ibunya duduk di atas kerusi sambil menyulam. Anak yang sedang bermain kemudian menoleh ke arah ibunya sambil perhatikan apa yang dibuat oleh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dari bawah dan berasa hairan. Dia bertanya kepada ibunya. "apa yang sedang ibu lakukan?" "Ibu sedang menyulam, nak" jawab ibunya sambil terus menusukkan jarum dengan benang ke permukaan kain. "Tapi buat apa? anak itu masih bertanya hairan. "Sulaman itu kelihatan buruk sekali. Hanya benang benang yang tidak tersusun dan kelihatan tidak menarik sekali". Ibunya tersenyum. Lalu dia memberi isyarat pada anaknya untuk berdiri. "berdirilah, nak!" "tengok sulaman ini dari atas sini". Anak itu berdiri dan menghampiri ibunya. Dia berjalan mendekati ibunya dan melihat sulaman karya ibunya dari atas. Dia berasa terkejut dan kagum pada keindahannya. "begitu indah sulaman ini, wahai ibu. Padahal sulaman itu begitu buruk bila dilihat dari bawah". Kata anak itu. Ibunya hanya tersenyum sambil membelai kepala si anak.

Itulah contoh kehidupan kita ini. Kita hanya melihat sebahagian dari perbuatanNya dari bawah, maka kita dapati ianya buruk dan tidak menyenangkan, malah kita mengeluh dan menyalahkanNya. Kalau kita boleh bersabar dan berusaha melihatnya dari tempat yang tepat, tentu kita akan memiliki sikap yang berbeza. Pada pandangan mata hanya mampu melihat bahagian bawah dari reka cipta yang ada pada kehidupan ini, sementara dengan mata hati yang bersih dan dengan pengetahuan yang lurus, kita akan mampu melihat keindahannya yang di atas.

Itulah salah satu bingkisan cerita yang menjadi rujukan iman dan hati pabila aku dihadapi dengan ujian dan musibah. Alhamdulillah dengan hadirnya kawan keluarga dapat harunginya dengan kesabaran. Hee

eah seronok bercerita itu ini terlupa dengan si pembaca ni. haha weyy apa kabar? korang sihat? asek renung nasib sendiri jee, nasib orang pun lupe nak tanye kabar haha hm sebenanya entry kali ni tak tahu nak cerita pasal ape, kebanyakkan dah cerita pada fb tapi dalam konteks ayat yang fleksibellah, yang ringkas dan padat penuh dengan makna. Hayati ayat ayat itu kalau saye post lagi okay, jangan ambil enteng dengan konteks ayat tu, cube rungkaikan ia dengan hati. InsyaAllah korang akan dibukakan hati untuk hayati bumi yang sudah tua ni.

okay cukup sekadar disini. wassalam tq :)

No comments: