Sunday, June 20, 2010

Jika Ditanya Inilah Jawabnyaa...

Jika ditanya
Apakah yang lebih indah daripada
segunung emas dan sejuta
permata?
Apakah yang lebih indah daripada
beribu mutiara di lautan?
Dan harta serta wang yang melimpah ruah?
Jawabnya
Keindahan itu terletak pada
keimanan dan ketakwaan kepada
Tuhan

Jika ditanya
Apakah akan rugi jika hidup
dengan agama?
Tanpa merasa nikmatnya dunia?
Jawabnya
Kenikmatan itu tergantikan
dengan reda-Nya

Jika ditanya
Apakah nikmatnya mengusahkan
diri?
Mencari selautan ilmu?
Berjuang demi agama?
Jawabnya
Kerana inilah perjuangan sebenar

Yang menuntut aku
mengorbankan segalanya...
Kerana aku tahu indahnya
kenikmatan di syurga
Daripada kenikmatan di dunia

Aku mahu menjadi bintang
yang cemerlang
Hingga sinarnya menembusi
langit dunia
Hingga izzah Islam akan
kembali bersinar
Seperti zaman Rasul dan sahabatnya

Walau aku bukanlah Sayidatina
Aisyah yang cerdas dan pintar
Bukan juga Sumaiyyah yang
berjiwa perkasa
Bukan juga Sayidatina Khadijah
yang mulia
Bukan Khaulah dengan kuda
dan pedangnya
Tetapi...
Aku hanyalah lelaki biasa
Yang mempunyai cita-cita
Di sebalik cintaku pada-Nya

No comments: