Sunday, January 15, 2012

Syukur


Usaha atas agama Islam atau dipanggil dakwah ini adalah usaha yang disukai oleh Allah,
1 hari di jalan Allah lebih baik daripada 1000 tahun.
Dakwah ini juga diibarat seperti pesawah dan padi. Di zaman fasak dan munkar ini,
orang Islam lahir lahir sudah mempunyai Islam dalam diri mereka,
tetapi adakah mereka tahu siapakah yang usahakan atas agama supaya
Islam itu sampai dalam jiwa mereka? dan menjadikan mereka
Islam?
Seperti padi, kita tahu tahu ambil beras dan tanak menjadi nasi lalu memakannya,
adakah kita tahu siapakah yang usahakan atas sawah itu supaya
ianya jadi beras? susah payah si pesawah menyediakan kita sesuap nasi?
Renung renungkan lah dan muhasabah diri kita,
iman kita di tahap lampu merah, kuning ataupun hijau?
InsyaAllah kita tergolong di dalam orang yang beriman dan dapat
mengucakan kalimah Laillahaillah di akhir kalam kita Amin.


Assalamualaikum wbt rakan rakan dan sahabat sahabat taulan.

Alhamdulillah syukur kepada hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya kita
diberi nafas lagi untuk menikmati keindahan dunia ini dan mengamalkan
ibadah selagi mana nyawa dikandung badan.
Alhamdulillah juga sekali lagi kerana dengan kesimpatan waktu dalam
kesibukan bekerja sekarang ini saye dapat lagi untuk mengarang
sedikit cerita di laman sesawang blogger saye ini.

Ehem ehem sebagai pembuka tirai untuk entry kali ini haha
entry kali ini ingin bercerita indahnya hidup bersyariat. Kawan kawan pernah
melakukan kehidupan seharian penuh dengan sunnah dan tuntutan Ilahi?
Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Haaa ini saye nak bercerite sedikit
pengalaman saye selama 3 hari di jalan Allah or lebih famous dipanggil
usaha dakwah ataupun tabligh.

Orang kalau denga pasal tabligh jee mesti pemikiran diorang kearah negative
ataupun tidak suke dengan cara mereka. Dengan pakaian mereka dengan serba
putih, janggut panjangg macam kusut masai, pakai minyak atar macam tertumpah
kat baju dan lain lain. Tapi adakah kamu tahu yang mereka ini amalkan sunnah
dalam kehidupan seharian mereka? okay nanti saye kupas sedikit demi sedikit tentang
usaha mereka ini.

Tabligh ini secara physicallynya orang tak suke, sebab apee? Entah laaa sebab
ape pun aku tak tahu haha senang cerite cube kalau tabligh ni datang rumah korang
bagi salam then ajak pergi masjid katenya ada ceramah agama lah ade sedikit taklim lah
itu ini lah yang berkaitan dengan Ukhrawi. Ape pemikiran dan jawapan yang korang akan
bagi? err terima kasih sebab menziarahi, tapi insyaAllah saye datang okay, saye busy ni.
tak pun, alaaa nanti nanti laaa, masjid dekat jee bila bila aku boleh pergi *monolog dalaman*
haaaa itu lah jawapan yang paling common bila golongan tabligh ni datang
ziarah rumah korang nak ajak mengimarahkan lagi masjid.



Aku dulu pun macam golongan kat atas ni jugak. Tak jauh bezaa.
Siapp kalau diorang datang rumah jee
siap siap kunci pintu tutup langsir pastu buat buat tade orangg. haaa lagi kejam.
kalau yang baik sikit luangkan mase untuk diorang tapi aku idaakk, malas nak denga
pasal pasal agama ni dulu. Tapi tu semuaa duluu, alhamdulillah usaha agama ni yang
dulu aku tak suka sekarang aku sendiri yang join. Hee

Okayy sebelum aku ingin bercerite pasal usaha dakwah ini berjalan
dia macam mane, tentatif dan schedule harian dia macam mane, aku nak
bagi korang tahu vocab vocab yang digunekan dalam usaha ni supaya
ape yang aku terangkan nanti tadelah korang google ape maksudnye nanti kan?
hee okayy First sekali, Bayan Hidayat. Bayan Hidayat ni macam ceramah agama,
ceramah/motivasi agama pada siapa yang join usaha ni. Contohnya si Ali
nak join Tabligh, pastu ade satu bentuk jemaah Tabligh ni memberi
Bayan Hidayat/Ceramah pada si Ali tentang ape sebenarnya Tabligh
dan ape usaha usaha Tabligh lakukan. Haa macam introduction laa kate orang
putih gituu haha Bayan ni ade banyak, Bayan Hidayat(Mukadimah),
Bayan Tangguh(Penutup), Bayan Subuh, Bayan Asar dll.



Second is Taklim. Taklim ialah perintah Allah-Sunnah Nabi Muhammad SAW
dan amalan para sahabat. Haa Taklim ni biasenye kita bace hadith hadith
soheh dari buku sahajaa. Macam bace buku kat budak budak kecik, ade
pencerita kat depan pastu budak budak kat depan si pencerita tuh. Haa
lebih kurang macam tu lah.

Third is musyawarah/muzakarah. Haa dua perkataan yang berbeza
tetapi hampir sama maksudnya. Musyawarah adik adik semua tahu kan?
alaa siapa yang belajar sejarah/agama kat sekolah tuu tahu laa kan, musyawarah
tuu mesyuarat. dan muzakarah pulaa macam perbincangan. Contoh terdekat
macam makcik kiah, senah, sameon kalau bergosip tuuu, haaa itu pun boleh
dikire bermuzakarah jugaaa, diorang berbincang topic terbaru, uptodate kate
orang putih haha tadelah gurau jee, santai santai dalam blogger biase letuww haha

Forth is Ghash. Haaa bunyi jee jee dah macam hindustan kan? ghash?
ape itu ghash? shah rukh kah? hindustani kah? haha
act ghash ini asal daripada bhs Parsi. Didalam bhs arab pula disebut Jaulah
dan dalam bahasa ibunda kita dikenali sebagaaaaai Menziarahi. Ghash ini
adalah perintah Allah SWT, sunnah Nabi SAW dan amalan para sahabat.
Ghash ini juga dikatekan sebagai tulang belakang kepada usaha dakwah iniii.
Apakah tujuan menziarah ni? atau ghash? herm, tujuannya ialah
untuk mengekalkan hidayat pada umat dan seluruh alam dan untuk membawa
amalan di dalam dan keluar masjid.

Ghash ni pula rumit sedikit, dia ade pecahannya. Ambil perhatian
dan fahamkan betul betul okayy.
Ghash/menziarah ni hendaklah dibentuk kepada dua jemaah.
Satu jemaah di dalam masjid dan terdiri drpd tiga orang terpenting iaitu,
DTI (Dakwah, Takrir, dan Istiqbal).
Dakwah dah tahu kan? takrir adalah orang yang bercakap tentang kebesaran Allah
dan Istiqbal ialah orang yang menyambut tetamu.

Sementara yang kedua pula berada diluar masjid terdiri daripada
tiga orang terpenting juga iaitu
Rahaba Ghash iaitu orang yang menunjukkan jalan dan memberi salam kepada
tuan rumah.
Mutakallim iaitu orang yang bercakap tentang kebesaran Allah, dan mengajak
orang yang ditemui itu untuk ikut serta dalam Ghash.
dan ketiga adalah Amir, iaitu orang yang mengawal jemaah dan menjaga jemaah
agar sentiasa mengikut adab Ghash.



Haha mesti rumit kan? tape tapee, saye bukan along saye cume nak tolongg.
okay biaa aku tolong fahamkan. Sebagai contoh, ade satu bentuk jemaah ni, terdiri
daripada enam orang. si A,B,C,D,E and F. Si A sebagai Dakwah, B sbg Takrir, C sbg
Istiqbal, D sbg Rahaba Ghash, E sbg Mutakallim dan F sbg Amir.
Okay, 3 orang di dalam masjid, dan 3 orang diluar masjid.
si A,B dan C di dalam masjid, dan selebihnya diluar.
Sebelum memulakan Ghash/Menziarahi, jemaah diluar masjid yang seramai
3 orang ni, Amir akan lantik untuk membaca doa agar dibuka pintu hati hati
si penerima ini akan terbuka hati apabila disampaikan dakwahnya nanti.
Si D,E dan F ni pun geraklah satu rumah ke satu rumah, si D yang sbg Rahaba Ghash
ni start kerja dia, dia pun bagi salam sbnyk 3x kalau tak keluar selawat
dan berfikiran positive yang dia sedang bersolat ataupun ibadah lain. Kalau
dia buka pintu si E pula ambil port, dia start Mutakallim.

Setiba D,E dan F ini pulang dan membawa beberapa yang tertarik
dengan usaha dakwahnya ke masjid yang dia tinggal, jemaah yang
di dalam masjid pula ambil tugas masing masing. Yang si A kerja dia berzikir
bgi menghubungkan jemaah didalam dan luar masjid serta berdoa untuk
jemaah dan seluruh alam. Pastu orang yang dibawa pulang ke masjid itu tiba
di masjid, kerja si C pun start, dia Istiqbal/sambut tetamu, diberi minuman
ataupun makana dan sbgnya. pastu kerja B pula adalah takrir, menceritakan
kebesaran Allah dan hadith hadith nabi kepada si orang tuu.

Errrrrrr dapat faham taaak ape yang aku sampaikan kat atas tadi?
kalau tak dapat jugak, dapat dapatkan lah ehh, haha tadelah if tak faham
just give me a message okayyy.

dan akhir sekali adalah Ikram, ikram adalah memberikan hak kepada saudara2
kita tanpa menuntuk hak drpd mereka yakni tunaikan hak terhadap makhluk Allah,
macam kite lebihkan orang yang memerlukan laa, macam gituuu.

Haaa dapat tak vocab vocab yang digunekan dalam usaha dakwah ni?
Alhamdulillah syukur kepada Ilahi, tanggal 21 Dec 2011 hingga 24 Dec 2011
aku pergi selama 3 hari bersama seorang rakan iaitu Amirul Ashifaq.
Tapi dia buat 43hari, aku hanye sempat buat 3 hari sahaja sebab ade kekangan
tertuntu melibatkan keluarga. Okay tanak bebel panjang, atas tadi pun dah panjang
comfirm bosan nak bace kat bawah ni dah haha okay simply writing but good input,
insyaAllah.



Okay sebelum ni memang terniat nak buat usaha dakwah ni, dan bila dapat peluang
rase bersyukur sangat. Dalam usaha dakwah ni korang semua akan belajar
cara hidup nabi kita, fikir nabi pada ummat, susahnya nabi berdakwah dan para
sahabt punye akhlak. Dari A sampailah ke Z. Macam, makan kat atas lantai, makan
pakai dulang, sebelum makan rase sikit garam, duduk makan macam mane, semualah
tapi tadelah tunggangg kuda tunggang unta kat jalan rayaaa. Berpada pada
dalam mengamalkan sunnah. Yang mane kite dapat ikut kite ikut, yang tak dapat,
kite berdoa agar tergolong dikalangan yang mengasihi Nabi kita.
Bace Ali Imran ayat 31 untuk menambah rase kasih pada Rasulullah SAW.

Herm ape lagi nak cerita ehh? haa ade satu kisah, bila aku buat ghash dengan satu jemaah ni,
pastu bila ziarah satu rumah ade seorang pakcik naik motorsikal, dengan lagaknyaa macam
nak menghalaupun ada, dengan berkat doa dan kesabaran yang ade,
pakcik Abd Rahman(salah seorang jemaah) datang dengan tenang dan cakap dengan
penuh kesabaran dan relax and coooool tapiii sarcastic. pakcik motorsikal tu tetibe datang
"Assalamualaikum! ni jemaah tabligh eh? datang dari masjid tuuu? Ya Allah tak
payah nak datang ketuk rumah orang ajak orang pergi masjid, tak payah semuaa tuu.
Orang kalau nak datang masjid nak buat amal ibadah tak payah nak diajak ajak,
nak disuruh suruh, nak dipaksa paksa, nanti tak ikhlas jadinya. Faham?
dah lame dah usaha dakwah ni bertapak kat kawasan ni, tapi tade sorang pun yang ikut.

Pastu aku lupelah pakcik Abd Rahman cakap apee haha sorryy. Tapi dalam hati aku cakap
time tuu, konon bermonolog dalaman lah kan. "memanglah pakcik, kalau usaha nabi
tak teruskan siapa nak bantu agama kita? kita semua ni ibarat padi dan pengusaha padi,
Pakcik lahir lahir dah dapat agama Islam, dah tahu agama Islam, tapi pakcik
tahu? pakcik ambil kisah siapa yang mengusahakan atas agama tuh? serupa macam padi
pakcik tahu makan nasi jee, tapi pakcik tahu siapa yang usahkan padi pastu jadi beras tuh
semua? tahu? kalau tak kan usaha nabi/ sunnah nabi ini disampai sampaikan,
tiada agama lagi dalam jiwa manusia Islam sekarang, hanya bertittlekan Islam sahaja
pada rupa, tapi tidak pada hati dan nurani. Haaa lebih kurang macam tuh lah.

okay ni routine harian kami,
Sebelum subuh - Solat sunat Tahajjud, Taubat, Hajat dan ibadah2 lain.
Subuh - Solat Berjemaah bersama imam, ahli masjid dan orang tempatan.
Selepas Subuh - Bayan Subuh, Zikir 300x(Tasbih Fatimah 100x, Selawat Nabi 100x
dan Istigfar 100x), musyawarah, muzakarah,bace alQuran, denga taklim
Zuhur - Solat Zuhur berjemaah bersama imam, ahli masjid dan orang tempatan.
Selepas Zuhur - Makan tengah hari dan Infradi amal (waktu terluang)
Asar - Solat Asar berjemaah bersama imam, ahli masjid dan orang tempatan.
Selepas Asar - Bayan Asar,zikir 300x, muzakarah, DTI (Dakwah,Taklim dan Istiqbal), Ghash, taklim.
Maghrib - solat maghrib berjemaah bersama imam, ahli masjid dan orang tempatan.
Selepas maghrib - makan malam dan infradi amal.
Isyak - Solat Isyak berjemaah bersama imam, ahli masjid dan orang tempatan.
Selepas Isyak - muzakarah, taklim, denga kisah nabi dan para sahabat, dan tidur.

Antara yang saye dapat dalam usaha dakwah ini adalah,
1.Meletakkan Allah, Rasul, dan syariatNya sebagai base kehidupan.
2.Merendah diri (zuhud)
3.Rasa keinsafan dalam diri yang diri ini terasa kerdil dihadapanNya.
4.Mudah rasa sebak/menangis bila melakukan ibadah kerna dosa lampau.
5.Hakikat zikir dalam diri.
6.Meringankan tubuh badan untuk biasa menjadi ahli masjid.
7.Kelebihan solat sunat dan solat berjemaah di masjid.
8.Mengamalkan amalan sunnah.
9.Membaca alQuran sebagai amalan.
10.Sentiasa berpada pada dalam melakukan sesuatu.
11.Melebihkan kawan.
12.Minat dalam agama yang lebih mendalam.
13.Mem-balance-kan kehidupan dunia dan akhirat.
14.Dapat mengetahui banyak hadith hadith nabi.
15.Dapat mengetahui setiap amalan kita apa dibalasnya.
16.InsyaAllah keimanan bertambah.
17.satu hari dijalan Allah lebih baik daripada 1000 tahun di dunia.
18.sentiasa muhasabah diri.
19.Memperbaiki diri
20.menjadi lebih bahagia, tenang, dan rasa nikmat halawatul iman.

InsyaAllah apa yang tertulis disini kita dapat kita sama sama nikmati bersama.
ini adalah antara yang saya rase selepas mengikut jemaah tabligh.

Okaylah setakat ini sahaja yang saya dapat kongsikan, kalau ada pape
kesulitan tentang perkara ni janganlah segan silu bertanya eh.
Kalau nak join ke ape keee just tell me okayy.
Assalamualaikum wbt :*

No comments: