Thursday, December 9, 2010

Nafsu

Assalamualaikum. Seperti biasa salam harus dihulurkan terlebih dahulu
menunjukkan identiti kita sebagai mukmin sejati. Hanya sekadar salam sahaja
boleh menggambarkan kita prihatin atas mendoakan seseorang ataupun tidak.
Ok dah cukup sekadar tazkirah ringkas kita dimalam ini. Tajuk? yeee
tajuk ini agak menarik dan agak mengejutkan kan? kenapaa? korang agak kenapa
aku post entry sebegini? kenapa? adakah ingin mengajak ummat
manusia di zaman globasasi ke lembah zina dan pelbagai maksiat lagi?
Oh tidak sama sekali, jauh sekali dari suduh hati aku ingin mengajak kawan kawan
facebook dan blogger aku ke jalan sebegitu. Actually petang tadi akak aku ada
belikan aku majalah solusi yang bertajuk mujahadah melawan nafsu dan buku don't
be sad. majalah solusi ni aku dah lame ikut perkembangan dia since awal tahun lagi.
Kalau beli kat luar harga dia USD 9 tapi kalau kat sekolah ustaz jual USD 8 jee so lebih gemar
beli kat sekolah berbanding diluar:) jimatkan amalan yang disukai Allah.

Isi kandungan dia memang mengagumkan, dalam banyak banyak
aku suka writing pahrol muhamad juoi ni.
Penulisan beliau menarik dan mudah difahami lenggok bahasa dan sasteranya pun
cantik dan suka dibaca. Disini aku nak berkongsi sedikit pengetahuan yang aku dapat dari pembacaan aku tadi.

Umat Islam sering memberi tumpuan musuh zahirnya yakni Yahudi dan Nasrani
tetapi mereka alpa akan musuh didalam dirinya yakni NAFSU. Musuh itu ialah hawa nafsu.
Nafsu mempunyai 4 peringkat iaitu nafsu ammarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhamah dan nafsu mutmainnah.
nafsu ammarah adalah nafsu paling jahat dan hina sekali. Mereka telah bertuhankan nafsu dan seronok melakukan maksiat dan kemungkaran. Nafsu lawwamah adalah nafsu yang mencela.
Dalam diri dia sesal berbuat dosa dan mencela dirinya sendiri tetapi ketika berbuat dosa dia terleka dan terbuai dengan nikmat dosa itu tanpa memikirkan akibatnya. Nafsu mulhamah pula dia sudah mula mendapat ilham kebaikan dalam hatinya. Keinginan menjadi baik tinggi dan berusaha gigih ke arah menjadi insan yang lebih baik tetapi dia terlanjur juga melakukannya. Dia tidak sengaja. Akhir sekali nafsu mutmainah, ini nafsu yang dimiliki oleh para salafus soleh. mereka menikmati al-jannah al-ajilah yakni syurga dunia yang berupa ketenangan dan kebahagian hidup dan dijanjikan diakhirat syurga baginya.
Mengapa nafsu masih berleluasa dalam diri kita?
pertama nafsu berada bersama dalam diri kita sendiri.
kedua musuh itu sangat kita cintai.
ketiga nafsu adalah platform syaitan menguasai diri
keempat nafsu dijadikan hal remeh temeh.

Telah kukhabarkan kepadaMu
segala hal seperti cercaan
Pekat dan wajah waktu lebih gelap berdebu.
Lalu kupanggil jelas namaMu
di waktu Subuh menanti
dan setiap fajar menyinsing
selalu terdengar namaMu terucap.

ps : masuk hari ni dah 5x aku mimpi ayah dan terasa ayah masih ada