Monday, November 22, 2010

imy dad


Ya Allah ya Tuhanku. Kau ampunilah segala dosa dosa bapaku ya Allah.
Kau tempatkanlah bapaku tergolong dikalangan hamba hambamu yang beriman ya Allah.
Kau jauhilah dia daripada siksa nerakaMu ya Allah.
Kau jauhilah juga dia daripada siksaan kuburmu ya Allah.
Kau ringankanlah ujian baginya ya Allah.
Kau permudahkanlah segala urusan baginya ya Allah.
dan Ya Allah kau tempatkanlah dia disyurgaMu ya Allah.

Ayahh.
mana ayah pergi? dah seminggu ayah tak balik.
Ayah tak sayang amy ea yah?
ayah tak sayang kaim?ain?ida?alia?nurul?mak? ea yah?
kesian mak, yah.
tiap tiap solat mak nangis yah. kat tangan mak tak lekang, yasin
kat mulut mak tak lekang dengan alfatihah dengan tahlil yah.
ayah, Ayah tolonglah balik yah. kami sume risaukan ayah.
yah, kaim baru jee balik daripada australia yah, dia balik
ingatkan nak cuti same same dengan ayah cuti sekolah ni yah.
tapi kenapa ayah pergi sebelum kaim balik yah? kenapaa?
Kiteorang sume rindukan ayah. Kami belum bersedia menghadapi ni sume yah.
ayah ingat tak? dulu ayah penah kate ayah nak tengok amy amek skrol degree
mase kat universiti nanti? ayah kate ayah nak tengok sume anak anak ayah masuk
universiti. kenapa ayah pergi dulu yah? yah! next year amy spm, ayah kate kalau
amy dapat straight ayah kate nak hadiahkan amy kereta, pastu ayah nak bawak amy
and mak sume jenjalan, mana janji ayah?
Ayah, tanggungjawab amy sekarang berat yah. amy nak kene jage mak,kaim,ain,ida,alia,nurul. sekarang sape nak bagi kiteorang makan yah?
siapa nak jaga kiteorang yah? amy masih belaja lagi yah, kalau nak tunggu kaim
habis belaja lagi 2tahun baru kaim habis yah. ayah tolonglah yah, jangan buat kami macam ni yah.

Inilah monolog dalaman yang bermain dikapala aku bila aku dapat tahu yang
ayah meninggalkan aku.
16hb November 2010.
Masa nilah hari paling bahagia aku bila dapat start cuti and spend time
dengan family and kawan kawan kat taman, after salam salam sume member
pastu have gurau senda buat kali terakhir before cuti panjang dapat 1 miscall from my dad dalam pukul 12 lebih kot rasenye. tapi time tu credit exhauted so biakan jelah nanti pepandailah ayah aku call balik. Tak lame kemudian my dad call balik, tapi bile aku jawab suara mak aku plus bunyi mak aku nangis. time tu dah tak sedap hati dah. "Mak kenape ni mak? mie, ayah kau meninggal mie. tuupp! hati aku betul betul tersentap macam caye tak caye. "mak cakap betul betul mak, jangan main main mak" betul mie, mak tak tipu. Terus aku matikan phone, phone aku baling kat locker and locker sape tah aku bedal sampai pecah kot rasenye. terus air mate aku keluar.
kawan kawan sehostel aku elok elok dah naik bus sume turun balik naik dorm tengok keadaan aku. Thanks guys!

Pastu barulah pakcik aku amek aku dari sekolah terus die bawak ke JB. Dalam perjalan ke JB tulah aku tak berhenti henti menangis, wajah ayah cara percakapan die, suara die, gaya die sume aku imaginekan, secara tak sengaja alFatihah and alIkhlas keluar dan sentiasa dibaca oleh aku sepanjang perjalanan pulang. Seperti biasa, highway pasir gudang tu sentiasa jam bile time orang balik kerja ni plus dengan hujan lebatnye lagi, tapi tu tak menjadikan penghalang aku ingin melihat jenazah ayah and nak kucup jenazah ayah. Betul betul aku sampai ke rumah, jenazah ayah baru nak masukkan kat dalam ambulance, terus aku cari mak peluk mak and peluk adik beradik lain. time tu ramai betul orang, sampai aku nak masuk rumah, nak cari mak pun payah. Pastu ade sorang kawan ayah tu tanye, ni anaknye nasir ye? ha pegi ikut mak naik ambulance pergi hospital. time tu aku tak dapat bayangkan betape sedihnye hati aku ni, hati nangis badan letih mate time tu macam dah tak larat nak keluarkan air mate lagi dah. huh

jenazah ayah dihantar ke hospital sultan ismail. Mula mula katenya tanak dibuat post-mortem tapi kawan ayah kate ayah pernah amek insuran nyawa so kene buat post-mortem untuk tahu ape sakit ayah.lama lah jugak bedah siasat tu dibuat, kira kira 2jam habis tunggu kat sane. lepas habis post-mortem baru lah ayah dimandikan dikafankan dan disolatkan. sumenye dibuat oleh aku dan pakcik kat hospital tu. Alhamdulillah setakat ni sebagai anak lelaki tunggal keluarga aku telah jalankan tanggungjawab.Lepas dah habis sume tu ayah dihantar ke tanah perkuburan di Pagoh, dan disemadikan disane.

Hm ini cerita disebalik kisah arwah ayah yang mak cerita pada aku.
sehari before ayah meninggal, isnin. Ayah sihat walafiat jee, siap boleh hantar adik aku pegi sekolah then boleh pegi kerja. Pastu selang beberapa jam kemudian ayah tetibe balik, die ngadu pada mak yang die tak sedap badan, die rase macam nak demam. So die text die punye dr kat tempat kerja die mintak satu hari mc katenye tak sihat. Malam tu pulak mak kate ayah kesian sangat, die tak dapat tidur, die nak buang air besar pun tak boleh, pastu mintak adik urutkan. Sampai ke keesokan hari ayah tak dapat tidur. ini cerita hari selasanye pulak. Pagi tu ayah still ok lagi, siap boleh makan roti cicah air milo tapi mak suapkanlah, dalam pukul 8lebih rasenye,mak dah mula sibuk siapkan makanan tengah hari dan makanan untuk dibawak balik ke kg, besokkan raye haji so ayah dah beli awal awal dah kepala ikan ayam bape ekor tah banyak juga ayah shopping untuk dibawak balik. yang adik adik lain pulak sibuk dengan hal masing masing. yang ayah pulak tidur kat sofa dalam bilik die. mak jenguk ayah dalam bilik, katenya biarkan jelah ayah tidur, penat agaknye, kesian ayah tak dapat tidur semalam. mak aku pun biarkan jelah ayah tidur, tetibe pakcik aku message suruh belikan tempe and ape tah untuk dibawak balik ke kg, mak aku time tu lupe nak bagitahu yang kiteorang sume tak jadi balik sebab ayah sakit, so mak aku pun mulalah gerakkan ayah aku, "bang ni si kandar message suruh belikan tempe, nak bagitahu tak tak jadi balik ni?" beberape kali kejut ayah aku tak nyahut pape, time tu mak aku dah rase dah tangan die dah sejuk. mak lari ke rumah jiran panggilkan jiran suruh tengok tengokkan, yang adik aku pulak call 999 panggil ambulance. lepas dah cek cek sume sahlah ayah dah pergi. ni cerita pasal arwah sepanjang aku uruskan jenazah beliau.
mase aku dalam ambulance nak ke hospital, aku sempat cium arwah, mase mak aku buka kain batik yang tutup muke ayah, mak kate "mie ayah kau senyum mie" subhanallah. aku kucup dahi ayah yang sejuk dan aku pun turut senyum pada die. Ni mase aku uruskan arwah mase nak mandikan pula, aku just tolong pancutkan air je, pakcik tu yang suruh, pastu mase nak angkat arwah, berat arwah tak seberat berat die, subnallah lebih ringan dari tubuh badan arwah yang sehat. Mase kafankan pula, pakcik tu tak ikat pun kepala arwah, tanye mak kenapa pakcik tu tak ikat kepala ayah, ayah tak ternganga pun, ayah tutup mulut je. mase aku uruskan pun ayah seakan akan macam arwah senyum.
Pastu di tanah perkuburan pulak, nak angkat arwah ayah masuk ke liang lahad pun 3 orang jee, pastu diorang angkat tak nampak macam berat dan jenazah bau wangi. Subnallah dan alhamdulillah aku tengok bende bende ni sume depan mate aku. Pastu perangai arwah ayah before die pergi berubah, arwah ayah perangainye pendiam au, tapi sejak kebelakangan ni macam Allah gerakkan hati die suke bermesra dan tegur orang, open house sume ayah pergi satu rumah pun insyaAllah ayah tak tinggalkan, macam Allah gerakkan supaya sume ni terjadi dan perkara perkara baik terjadi before die pergi. bapa sedara aku kata, arwah mase nak hidup dulu susah, perjalanan die nak berjaya nak berdiri setinggi ni susah, tapi bile die pergi alhamdulillah senang. Arwah ayah meninggal semasa tidur dan meninggalkan segala cerita baik pada sume kawan kawannya sedara mahupun ibunya sendiri.

hm alhamdulillah keadaan aku sekarang getting better. Kakak aku cakap ini sume ade hikmahnya, Allah nak menguji keimanan kita, orang yang beriman pasti ada ujiaanya dan kakak jugak cakap kematian adalah sebaik baik motivasi dan nasihat kepada individu. InsyaAllah selepas ini solat belajar dan segala benda tak payah disuruh lagi, dan aku berjaya setinggi mana pun khas untuk ayah.

Kepada kawan kawan yang lain, diharapkan kalau berkelapangan sedekahlah alFatihah yassiin dan tahlil kepada arwah Nasir bin Tohar. Hanya Allah sahaja yang dapat balas budi baik kalian. InsyaAllah arwah akan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman begitu juga korang sume. Thanks

11 comments:

Naddy said...

Kuatkan semangat Nadz , God loves him :]

Farzana said...

Sedih gila :,-( Sumpah menangis baca post ni. Ni semua dugaan. Belajar rajin rajin. Nanti senang hati dia tengok u berjaya :-) U jangan sedih sedih. Dia pun tak nak tengok u sedih je. Be strong k nadzmie?

nadzmienasir said...

thanks guys. InsyaAllah i'll try my best. All these i do just for him

Yasmin said...
This comment has been removed by the author.
izyan94 said...

nadzmie , be strong yaa . tabahkan hati . kuatkan semangat . jgn sedih-2 . ayah kau sedih jugak nnti . kau doa untuk dia tiap-2 hari . nnti hati kau mesti tenang . takziah nadzmie .

emelia said...

erk,abang,walaupon abang tak kenal saya tapi saya menangis bce post nie, sedey,gler,,tabahlaa.hidup maseh panjang dan buat la arwah ayg abg tuh bangga dengan kejayaan didunia :N

Alif said...

nadz, aku aidil farhan dan rakan rakan yang lain sentiasa berada di belakang kau, sabar nadz, ini semua dugaan hidup, kami turut merasai kepergiannya, semoga arwah tenang di sana, Amin Ya Allah

Emma Jani said...

Nadz, be strong yeahh ! Nangis emma bilaa baca post ni :')

Quelymyera said...

salam,takziah dari aku n kelurga aku...semoga ko dapat tabah n sabar menghadapi dudaan hidup ini...sesungguhnya akan ada hikmah di sebalik sume ini...

Quelymyera said...

salam naz......sedih naz aq dgr cter ko naz....aq cam nk nangis...naz nie mungkin Allah nk uji ko ngan kelurge ko naz.....
aq harap ko tabah ea
naz i know is strong!!
salam takziah from aq nad family aq....

SH╬×RO said...

nadzmie , sumpahh menagis aku bace entry neh . be strong nadz :)