Saturday, August 14, 2010

Pesta Malam Ramadhan

Assalamualaikum, salam ukhwah salam perpaduan
dan salam satu malaysia saya hulurkan kepada kalian,
sebelum saya pergi dengan lebih lanjut, mari
kita sama-sama panjatkan rasa kesyukuran kerana
kehadratNya dan keizinanNya juga kita
dapat menikmati pesta ibadah di bulan Ramadhan Kareem ini.
Kita bersyukur juga kerana dapat menikmati juadah
sahur dan berbuka puasa dengan selera dan aman sentosa
berbanding dengan saudara kita yang sedang
berjuang bermati-matian, bersabung nyawa untuk
memerdekakan negara meraka, Gaza. Moga mereka
mati dalam keadaan syahid dan berjuang
di jalan Allah yakni fisabilillah. Amin

Tujuan saya kali ini mengarang entry ini
hanya ingin saling ingat memperingati sesama kita,
lagi-lagi sesama Islam. Islam hanya dimata hanya di
fizikalnya tapi tidak dihati, hanyak diironinya sahaja.
Langsung tidak menghayati apa itu Islam. Tetapi golongan
remaja di masa kini ambil endah tak endah dalam urusan
agama. Batas pergaulan sudah tiada batasan,
percakapan semuanya lagha belaka malah bercakap
kotor dan bermacam-macam lagi, renungkanlah wahai saudara.

Di bulan yang penuh barakah ini dan penghulu segala
bulan, marilah, sambutlah dan kejarlah seberapa
banyak ibadah yang kita rasa kita mampu mengerjakannya.
Telah disabdakan Rasulullah SAW ianya berbunyi,
lalukanlah amal ibadah di bulan Ramadhan, sesungguhnya
amalan sunat diangkat pahalanya seperti pahala fardhu,
amalan fardhu diangkat pahalanya 70 kali ganda.

Tidakkah beruntung anda sekalian jika kita
dapat 'bonus' ini dengan mudah, bukan
senang nak dapat 'bonus' ini pada
bulan-bulan yang lain, ini sahaja masanya
kita dapat beribadat bersungguh-sungguh kepadaNya
untuk mendapat pahala lebih.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
syukur nikmat kepadaNya yang telah kurniakan
cahayaMu kepada hambaMu yang jelek lagi hina ini.
Kau tunjukkan jalan yang benar padaku, Kau
tempatkan aku di tempat yang benar, Kau gerakkan hati
aku ke jalan-jalan yang berfaedah dan Kau permudahkan
segala urusan duniawi dan ukhrawiku ya Allah.
Oleh itu kau terimalah, amal ibadahku ini,
kau basahkanlah lidahku, kau lembutkanlah tulang-
menulang aku ini dan kau ringankanlah tubuh badanku
ini untuk istiqamah dan tawaduk mengabdikan diriku
padaMu ya Allah.
Firman Allah, tidakkah Aku menciptakan jin dan manusia
semata-mata untuk mereka menyembahKu.
Yaa Allahh, kau pertemukanlah aku dengan
malam lailatul qadr, kau pertemukanlah aku dengan
malam lailatul qadr kau pertemukanlah aku dengan
malam lailatul qadr amiin ya rabba alim.

Sebagai Islam, yang benar benar mengerti
apa itu Islam dalam bentuk fizikal dan rohaninya,
saya mengajak dan mempelawa marilah bersama-sama
beribadah bersungguh-sunggu di bulan Ramadhan ini,
dan kita tinggalkan sebentar sahaja hiburan duniawi
kita ini untuk sekita, sekian Assalmualaikum wrbt

No comments: